RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 22 January 2013

Pelajar UITM Lendu Histeria & dirasuk


Assalamualaikum...
Sebelum ni kecoh cerita tentang UITM Lendu diserang hantu yang menganggu pelajar sehingga terjadinya histeria sana sini. Berita ini menjadikan UITM lendu secara mendadaknya menjadi popular diseluruh negara.

Cerita Orang Kita (C.O.K) bukan nak menyibuk nak postkan khabar berita ni, tapi apabila terbaca di blog popular MYNEWSHUB (lihat disini) tangan (C.O.K) tiba-tiba jadi gatal.

 
Seperti yang diceritakan didalam mynewshub, kejadian seperti meracau,dirasuk dan persamaan dengannya, memang tak dinafikan ia akan melanda setiap pelajar lebih-lebih lagi apabila pelajar itu sendiri dalam keadaan tertekan.

Keadaan seperti ini mengingatkan COK pada satu kejadian yang COK hadapi, kawan COK histeria, masa itu hanya ada COK dan seorang lagi rakan, kejadian tu cukup kelam kabut, dengan sedikit ilmu yang ada yang diberikan oleh guru agama COK alhamdulillah selamat bergitu juga dengan kejadian yang kedua, dengan bacaan ayat Al-Quran alhamdulillah.

Cuma baru-baru ni, lebih kurang awal bulan 1/2013 COK diminta datang ke rumah seorang lagi rakan, katanya adiknya dirasuk, tapi COK menolak dengan baik dan mencadangkan supaya mencari Ustaz atau Imam, atas sebab kejadian berlaku pada pukul 2 pagi dan lagi satu COK pun tidaklah pandai, hanya tahu digunakan bila terdesak sahaja.

Pengalaman COK sedikit sebanyak tu adalah, sampaikan pernah berhadapan dengan hantu Pelisik, keadaan masa tu berlaku pun diawal pagi, pada masa ia muncul alhamdulillah tiada siapa yang sedar kalau ada yang perasan mahu kecoh juga kot. tapi syukur alhamdulillah tak rugi dapat belajar sedikit sebanyak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...