RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday 11 March 2013

Gurun terpanas dan terbesar didunia

Tahukah anda gurun panas paling besar di dunia adalah terletak di Afrika Utara, gurun ini mempunyai keluasan 9,400,000 km² (3,630,000 batu persegi) adalah sebuah padang pasir yang diberi nama Gurun Sahara dan dipercayai berusia 2.5 Juta tahun dahulu.

 

Oleh kerana Sahara mempunyai suhu melebihi 45 darjah celcius pada siang hari dan suhu sejuk yang melampau diwaktu malam hanya sebilangan hidupan sahaja yang dapat menghuni gurun ini,Hidupan yang mampu bertahan dengan kepanasan  extream pada siang hari dan kesejukkan melampau pada malam hari akan terus subur di bumi Sahara.


Terdapat kawasan separa-gersang dan sedikit hujan yang diterima sekadar cukup untuk menampung tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia. Diliputi oleh dataran-dataran kelikir tandus yang digelar reg yang asalnya dari lava gunung berapi lama.

 

Antara Tumbuhan yang boleh bertahan dengan cuaca panas di gurun adalah Kaktus, semak berduri, rumput keras dan akasia bantut yang biasanya mempunyai ciri-ciri seperti berakal panjang yang mampu untuk menyerap air, mempunyai kulit yang tebal, batang yang berlendir dan kebiasannya tidak mempunyai daun tetapi berduri.

 

Bagi haiwan liar yang hidup di sini adalah Rusa Gazella, Unta, Cicak dan juga Ular. Biasanya haiwan ini mempunyai ciri-ciri tentu yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan panas dan sedikit air.

Disini terdapat gunung pasir yang mempunyai ketinggian 3500 meter tetapi keadaan ini tidak kekal apabila gunung yang terbentuk ini akan berubah apabila ianya ditiup oleh angin yang akan membawa batu-batu dan juga pasir dan sekali gus keadaan di permukaan gurun ini sentiasa berubah-ubah.

Walau bagaimanapun biarpun mempunyai iklim yang panas sepanjang tahun, gurun ini tetap dihuni oleh manusia dan antaranya adalah terdiri daripada Kaum/Puak Badwi dan Kafilah yang menjalankan kegiatan menternak bintang dan juga saudagar yang menjual barangan kepada penduduk gurun.

Kini bagi Kaum Badwi, mereka lebih tertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sumber air atau Oasis yang mana lebih memudahkan mereka untuk bertani dan juga menternak binatang sekaligus sedikit sebanyak amalan berpindah randah semakin dilupakan oleh kaum ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...