RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday 11 March 2013

Rahsia angka Tujuh


Apakah keunikan angka tujuh dalam kiraan sebenarnya mempunyai pelbagai rahsia besar yang tidak dapat dirungkai oleh akal manusia, sebenarnya angka ini banyak mempengaruhi kehidupan kita.

Sebagai seorang yang beragama islam kita harus percaya betapa Al-Quran ini benar-benar memiliki mukjizat yang diturunkan dari Allah kepada umatnya melalui wahyu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw untuk dijadikan panduan sehingga ke hari akhirat.

Angka tujuh adalah satu angka yang sering kali di ulang didalam Al-Quran dan ini menunjukkan betapa pentingnya angka ini dan ini dapat dilihat di dalam surah Al-Fatihah dimana ianya mempunyai tujuh ayat, azan yang menyeru umat islam untuk mengejakan solat mempunyai tujuh ayat dan pintu neraka mempunyai 7 pintu.


Hakikatnya kita hari ini, tidak sedar bahawa angka ini merupakan satu angka yang amat penting dan jika kita perhatikan setiap apa yang diciptakan oleh Allah swt sebenarnya mempunyai maksud yang tertentu.

Allah swt telah menciptakan langit yang mempunyai tujuh lapisan dan dilangit mempunyai tujuh bintang besar perkara ini disebut didalam Al-Quran melalui surah An-Naba ayat 12 serta bumi yang mempunyai tujuh lapisan dan setiap lapisan itu ada penghunimya iaitu lapisan pertama dihuni oleh manusia, lapisan kedua dihuni oleh Jin, lapisan ketiga dihuni oleh Kala Jengking, lapisan keempat dihuni oleh ular, lapisan kelima dihuni oleh syaitan, lapisan keenam dihuni oleh iblis dan lapisan ketujuh dihuni oleh malaikat.

Dalam peringkat umur kehidupan manusia, setiap yang hidup pasti akan mati dan didalam kehidupan itu ia mempunyai tujuh peringkat antaranya setitis darah, masa kandungan, masa bayi, masa kanak-kanak, masa remaja, masa dewasa dan masa tua. Manusia yang normal dikurniakan oleh Allah swt dengan mempunyai tujuh anggota badan dan antaranya adalah dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah.

Didalam tafsiran dunia mengenai angka tujuh adalah sangat luas dan agak panjang untuk dihuraikan bagaimanapun angka ini banyak mempergaruhi hidupan seharian kita antaranya bilangan hari dalam seminggu, warna didalam pelangi serta banyak lagi tetapi jangan kita lupa benua di dunia mempunyai tujuh kesemuanya.

 Antara benua itu adalah Afrika, Amarika Selatan, Amarika Utara, Antartika, Asia, Eropah dan Australia. Diantara setiap benua ini dapat dilihat terdapat pelbagai rupa bentuk manusia, bangsa dan juga agama.



   

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...