RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 29 January 2013

INDAHNYA GUNUNG JERAI


 
Kali ini COK nak bawa anda semua terjah lagi ketempat menarik. Jika sebelum ini COK kongsikan satu entri berkenaan air terjun tertinggi di Malaysia (Baca disini), untuk kali ini COK akan kongsikan pada anda apa yang menariknya Gunung Jerai.


Gunung Jerai atau boleh juga dipanggil sebagai puncak Kedah yang terletak di Negeri Kedah merupakan sebuah gunung yang mempunyai ketinggian 1,217 meter dari aras laut dengan suhu antara 19 hingga 24 darjah celsius sememangnya cukup sesuai bagi anda yang sukakan aktiviti santai dan cintakan alam semulajadi yang pastinya anda dapat melihat kepelbagaian tumbuhan tropika yang cukup indah.
Di Gunung jerai, anda tak perlu risau anda akan merasa bosan, kerana disini keperbagaian aktiviti seperti bersantai sambil menikmati udara segar, menerokai alam semula jadi, aktiviti lasak, berbasikal, mandi air terjun yang terdapat di sekitar gunung. Selain itu Gunung Jerai juga mempunyai Sejarah khazanah purba lama yang perlu anda ketahui bila anda kesini.

Dari segi kemudahan yang disediakan untuk pengunjung, anda juga tidak perlu risau. Kerana pihak pengurusan disini ada menyediakan pelbagai kemudahan antaranya adalah tapak perkhemahan, chalet, surau, dewan dan banyak lagi untuk kemudahan pengunjung.

Aktiviti yang "WAJIB" anda sertai.
Treking
Mendaki gunung
Perkelahan
Perkhemahan
melawat muzium Arkeologi lembah Bujang

Selain dari itu Gunung Jerai ada menyimpan pelbagai cerita sejarah yang berkaitan dengan beberapa tempat yang boleh dikatakan cukup menarik untuk dilewati antaranya Perigi Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal. antara tempat ini adalah berkaitan dengan sejarah awal negeri Kedah yang berlaku dalam tahun 1136.

Tunggu apa lagi, Jika berpeluang datanglah ke Gunung Jerai. Kemudahan seperti tempat letak kenderaan, bas dan gerai serta surau disediakan dikaki gunung.

Pesanan: Jika anda dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan yang menghala ke Alor Star dan susur di tol Gurun. Dari pekan Gurun, jarak ke kaki Gunung Jerai kira-kira lima kilometer. Jarak dari kaki bukit ke puncak Gunung Jerai ialah kira-kira 13 kilometer dan anda boleh menggunakan kenderaan atau motosikal. Kemudahan pengangkutan seperti van turut disediakan dengan bayaran RM60.

" pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...