
Gara-gara ingin mahu bertemu kekasih untuk berasmara, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibunya bagi meminta menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera dibandar Ledang dengan alasan ingin berjumpa dan bermalam di rumah kawan baiknya.
Sebaliknya berlaku, apabila beliau dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya di sebuah hotel bajet dalam keadaan tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks. Difahamkan pasangan kekasih ini sering menjadikan hotel bajet terbabit sebagi lokasi untuk mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.
Dalam operasi yang dijalankan oleh Kadi Daerah Ledang, Sulaiman berkata, serbuan itu dilakukan adalah berdasarkan aduan awam dan semasa serbuan dijalankan penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
Hasil dari pemeriksaan, penguat kuasa menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil dan remaja lelaki terbabit gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.
“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.
No comments:
Post a Comment