RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday 5 April 2013

'Tok Mun' 94 tahun mahu tanding parlimen K.Terengganu

Tok Mon mahu tanding lagi di Kuala Terengganu
Masih ingatkah lagi anda dengan Tok Mun atau nama sebenar Maimun Yusof yang pernah bertanding sebagai calon bebas do Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya umum 2008.

Diusia 94 tahun, Tok Mun yang kelihatan masih sihat menjadi colan terawal mengambil borang penamaan calon untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu sebagaimana sebelum ini dimana Tok Mun yang juga calon bebas menggunakan simbol kungci berjaya mendapat 685 undi tetapi tewas kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) 32,562 undi manakala calon (Pas) Mohamad Sabu 31.954 undi.


Warga emas itu yang menaiki prebet sapu untuk datang ke pejabat SPR di Wisma Persekutuan pada jam 19 pagi itu berkata kepada pemberita, dia berhasrat untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu seperti sebelum ini kerana amanah orang,

  “Semalam Tok tengok TV (sudah) bubar Parlimen. Sebab itu Tok mari (pejabat SPR) nak ambil borang. Adik (wartawan) jangan tanya soal menang atau kalah sebab Tok tak kisah menang atau kalah, Tok tetap akan bertanding sebab ini amanah orang,” katanya.

Namun apabila ditanya sama ada sudah bersedia dari segi kewangan, Tok Mun mengaku beliau tidak mempunyai wang tetapi beliau akan meminta bantuan daripada orang ramai.

“Jangan soal pasal duit. Tok kalau tak ada duit, Tok mintak dengan orang, sikit-sikit. Jadi cukuplah. Anak-anak buahlah yang tolong. (Nak menang), Tok kena kempen lebih. Tok pandailah nak kempen macam mana,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...