RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Sunday 3 March 2013

Penceroboh Lahad Datu rela mati dari menyerah diri



Filipina mahu pengikut Sultan Sulu elak pertumpahan darah
Selepas hampir sebulan isu pencerobohan yang dilakukan oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya yang berkubu di Lahad datu sejak 9 februari lalu. Tanda-tanda mereka akan meninggalkan Sabah atau menyerah diri masih lagi belum dicapai sebaliknya mereka memaklumkan pendirian untuk kekal di Lahad Datu serta rela mati di sana.


Menurut Portal Inquarer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam satu mesej yang dihantar kepada abangnya Sultan Jamalul Kiram III pada jam 5 pagi semalam dan antara isi kandungan mesej tersebut adalah. "Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau dalam mesejnya.


Semalam Presiden Filipina, Banigno Aquino III, mengesa pengikut Sultan Sulu yang masih berkubu dilahad Datu agar menyerah diri tanpa sebarang syarat bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

Rayuan ini dilakukan menerusi satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan kabinet dan pegawai-pengawai keselamatan Filipina di Malacanang dan kali kedua selepas insiden tembak menembang di lahad Datu dua hari lepas.

Dalam insiden tersebut dua anggota komando Polis Malaysia dan 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh selepas insiden tersebut berlaku di Kampung Tanduo kira-kira jam 10 pagi serta turut mencederakan tiga lagi pasukan keselamatan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pada masa ini polis sudah tidak mempunyai pilihan lain selain menamatkan itu secepat mungkin berikutan tindakan kumpulan penceroboh semalam. Kumpulan tersebut telah terkepung di Kampung Tanduo oleh pasukan keselamatan.

Beliau juga memberi amaran kepada mereka agar segera menyerah kerana banyak masa telah diberi kepada mereka dan perbuatan mereka telah tidak memberi pilihan kepada beliau sebaliknya.

"Saya tidak ada pilihan sekarang selain untuk mengambil tindakan yang ada untuk menangkap mereka. Sekali lagi saya minta mereka letak senjata dan serah diri. Jika tidak saya tidak ada pilihan tetapi akan  mengambil tindakan drastik dan tindakan sewajarnya bagi menamatkan keadaan," tegasnya.
Beliau turut menegaskan bahawa penceroboh yang menyerah diri kelak tetap akan diambil tindakan berdasarkan undang-undang Malaysia kerana kumpulan berkenaan sudah melakukan kesalahan yang amat serius di negara ini.

Ismail berkata, kehidupan seharian di Lahad Datu berjalan seperti biasa dan tidak ada perintah berkurung diisytiharkan, manakala kawasan operasi polis ialah di kawasan Kampung Tanduo.

Katanya, polis turut mempertingkat langkah keselamatan melalui sekatan-sekatan jalan raya dan keadaan itu akan diteruskan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...