RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 14 February 2013

Laut menjadi kemerahan di Sabah 3 maut

Fenomena Laut bertukar menjadi kemerahan yang berlaku di Sabah akhirnya mengundang bencana apabila 3 orang termasuk seorang wanita 23 tahun menjadi korban selepas dipercayai memakan kerang dan lokan yang tercemar disebabkan air laut tersebut (Berita penuh disini).

Sebanyak 43 kes direkodkan oleh Jabatan kesihatan Negeri dan setakat 7.30 malam semalam terdapat 10 orang dilaporkan mendapat rawatan di HWKKS, 6 orang di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2), 2 orang di HQE1, 6 orang di Hospital Tuaran, 3 orang di Klinik Kesihatan Likas.


Sementara itu, Bagi memastikan orang ramai berjaga-jaga pihak Jabatan Kesihatan Negeri telah menampal poster-poster serta menasihati orang ramai mengenai keracunan makanan disebabkan air merah serta melarang peniaga menjual kerang pada masa ini.

Berikut adalah tanda-tanda jika termakan kerang atau lokan yang tercemar seperti Kebas, Pening, Muntah dan sesak nafas, Jika dapati ahli keluarga atau sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut selepas memakan kerang atau lokan sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan dengan segera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...