foto Kosmo
Tarian separuh bogel dalam Majlis tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota polis berpangkat di daerah Shah Alam dicemari dengan insiden yang amat memalukan apabila 3 lelaki memakai pakaian dalam wanita melakukan aksi tarian separuh bogel.
Kejadian itu telah mengejutkan warga polis dearah Shah Alam kerana difahamkan persembahan yang sepatutnya diadakan adalah berbentuk tarian tradisional bukan seperti yang dipertontonkan. Lantas Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata, " insiden itu telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan kita akan menyiasat mengapa dan bagaimana ia boleh berlaku ".
Turut difahamkan, tarian itu berlaku tanpa pengetahuan pihak penganjur dan ia berlaku secara tiba-tiba dan pihak polis sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
Sumber Kosmo
No comments:
Post a Comment