RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday 21 December 2012

Lelaki sedang minum mati ditembak


BUKIT MERTAJAM — Seorang lelaki mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh suspek bermotosikal ketika sedang minum bersama rakan di sebuah kedai makan di Jalan Kampung Baru di sini, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, Khor Chun Hau, 41, terkena tiga das tembakan dan mati dalam perjalanan ke hospital.
Mangsa sedang minum bersama empat rakan, apabila dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang kemudian melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri, dada kiri dan belakang mangsa, katanya kepada pemberita, di sini. Menurutnya, kedua-dua suspek memakai topi keledar bertutup separa dan menutup sebahagian muka mereka dengan kain.
"Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki penjenayah terbabit dan motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya menambah mangsa bekerja di sebuah syarikat pembalakan.

Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2FfoKmkLC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...