RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 18 December 2012

Budak Mati didera teman lelaki ibunya


Lagi kes penderaan kanak-kanak, jika sebelum ini kita dikejutkan dengan tersebarnya video penderaan kanak-kanak oleh bapa tirinya, kali ini kita dikejutkan lagi dengan kanak-kanak berusia 2 tahun meninggal kerana didera.
ALOR SETAR — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya di sini semalam.
Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang ketika mendapat rawatan di sebuah klinik. Dipercayai ada unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada testis.

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata dia menerima panggilan daripada anaknya, Norhafiza Osman, 25, yang memaklumkan mangsa terjatuh tangga dan dibawa ke klinik berhampiran.
Padzilah berkata dia percaya cucu pertamanya itu meninggal dunia bukan disebabkan jatuh tangga tetapi didera teman lelaki anak perempuannya yang tidak bekerja.
"Dua hari lepas, cucu saya ada telefon ibu saudaranya dan beritahu dia sering dipukul. Dia juga cakap nak balik rumah saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.
Padzilah juga berkata dia menjaga kanak-kanak itu sejak lahir lagi, dan ibu bapa mangsa berpisah ketika mangsa berusia lima bulan.
Difahamkan ibu mangsa mengambil anaknya seminggu atau dua minggu sekali sejak beberapa bulan lepas.
Ibu saudara mangsa, Norhanisha, 23, berkata dia dan ibu Muhammad Faiz, yang bekerja di sebuah kedai makan, pernah membuat laporan polis berhubung kes kanak-kanak itu didera teman lelaki ibu mangsa Ogos lepas setelah melihat kesan lebam, gigitan dan calar pada anggota badan kanak-kanak malang itu.
Jenazah Muhammad Faiz dihantar ke HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Akar Peluru di sini lewat malam tadi.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V.Saravanan ketika dihubungi berkata pihaknya menunggu hasil keputusan bedah siasat, dan jika terdapat unsur dera, lelaki terbabit akan ditahan untuk siasatan lanjut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2FNgKqCpu 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...