RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 18 December 2012

Pekerja di Malaysia dijangka mendapat kenaikan gaji



PENGIKTIRAFAN dan ganjaran yang diberikan majikan di atas kerja keras pekerja akan mampu meningkatkan motivasi dan prestasi cemerlang mereka. - Gambar hiasan


SINGAPURA - Hampir setiap pekerja di Malaysia dijangka mendapat kenaikan gaji pada tahun depan, demikian menurut Laporan Workmonitor Randstad bagi suku keempat yang diumumkan semalam.

Perangkaan itu adalah antara yang tertinggi daripada tinjauan yang melibatkan 14,780 pekerja dari 32 negara.
Namun 82 peratus responden di rantau ini kurang keyakinan mengenai prospek kenaikan gaji di China, Singapura (76 peratus), Australia (75 peratus), New Zealand (69 peratus) dan Jepun (42 peratus).
Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur berkata, sentimen itu adalah sejajar dengan prestasi kewangan perniagaan yang jitu di seluruh negara.
"Dijangka 82 peratus pekerja yang dikaji selidik membayangkan syarikat mereka mencatatkan prestasi yang baik tahun ini walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi global yang mencabar.
"Para pekerja memikul beban kerja yang lebih berat dan menjangka diberi ganjaran sebagai mengiktiraf usaha masing-masing pada tahun ini," katanya.
Sumber Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...