RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 18 December 2012

Suami saksikan kecurangan isteri

ALOR SETAR: “Saya melihat sendiri isteri saya dan ayah berpelukan masuk ke dalam sebuah kondominium. Ketika itu, lidah saya kelu dan tidak dapat digambarkan remuknya perasaan saya.

“Tak sangka ayah melakukan perkara terkutuk dengan menjalinkan hubungan dengan isteri saya,” keluh seorang lelaki selepas membongkar perlakuan jijik dua individu yang amat disayanginya.

Suami itu yang mahu dikenali sebagai Azmir, 30, berkata, amat sukar untuk dia menerima kenyataan pahit itu, namun itu hakikatnya biarpun tidak pernah terlintas di fikirannya perkara sedemikian boleh berlaku.
“Perkara ini sudah terbukti benar. Bukan saja saya melihat sendiri kecurangan mereka berdua, malah isteri saya juga turut membuat pengakuan,” katanya.
Azmir berkata, dia tidak menyangka isterinya yang dinamakannya sebagai Zura, 25, dan bersikap lemah-lembut itu curang, malah melakukan perbuatan keji bersama ayahnya sendiri yang berusia 50-an.
Sumber http://www.mummynemo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...