RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 20 December 2012

Mayat Wanita terdampar ditepi pantai


Mayat wanita ditemui terdampar tepi pantai
Mayat wanita tanpa identiti yang ditemui terdampar di tepi pantai.
KLEBANG - Mayat seorang wanita tanpa sebarang identiti ditemui terdampar di tepi pantai berhampiran  kawasan Dataran 1Malaysia, Klebang, di sini oleh seorang pengawal keselamatan ketika sedang melakukan tugas rondaan, pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Melaka, Superintendan R Gunarajan berkata, mayat berkenaan ditemui pengawal keselamatan terbabit kira-kira 10.30 pagi dalam keadaan lengkap berpakaian.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menyiasat mengenai kejadian itu dan identiti mangsa sama ada mangsa seorang warga negara asing atau sebaliknya.

“Setakat ini kita belum dapat mengesahkan punca kematian dan mayat akan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita percaya mayat ini hanyut dan terdampar di tepi pantai.

“Setakat ini belum dapat pastikan bangsa mayat terbabit dan ketika ditemui, mangsa memakai seluar jeans dan berbaju lengan panjang. Tingginya lebih kurang 5 kaki 2 inci,” katanya.

Gunarajan turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi polis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...