RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday 17 December 2012

Tarik balik dakwa umno kafir-Mufti Perak.

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria


KUALA LUMPUR - Dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.


"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir.

"Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena pertemuan bersama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.

Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi.

"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.

"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik.

"Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.

Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...