RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 28 November 2012

Pacuan empat roda dicari - B,Harian


Mohammed Hanif  menunjukkan dua keping gambar kenderaan pacuan empat roda  yang dicari  di Shah Alam, semalam. - Foto Osman AdnanMohammed Hanif menunjukkan dua keping gambar kenderaan pacuan empat roda yang dicari di Shah Alam, semalam. - Foto Osman Adnan
Diminta tampil beri keterangan isu sekat isyarat telekomunikasi 

Shah Alam: Pemilik dua kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran WJU842 dan WWB 8592 diminta tampil memberi keterangan kepada Panel Penasihat Bebas Perhimpunan Dataran Merdeka 28 April lalu. 


Pengerusinya, Tun Mohammed Haniff Omar, berkata panel berkenaan menerima gambar kenderaan berkenaan selepas didakwa digunakan pihak tertentu bagi menyekat gelombang isyarat telekomunikasi ketikaperhimpunan terbabit. 


“Polis sudah memberikan data dan maklumat pemilik kenderaan terbabit tetapi selepas disiasat, didapati pemilik kenderaan berkenaan sudah berpindah daripada alamat asalnya. 

“Gambar diperoleh jelas memaparkan nombor kenderaan WJU842, tetapi satu lagi gambar kelihatan seperti WWB8592,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ke-23 panel berkenaan yang ditubuhkan untuk menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar mengenai Perhimpunan Bersih 3.0, di sini semalam. 

Turut hadir, ahli panel berkenaan, Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim. 

Laporan siap hujung tahun 
Sementara itu, Haniff berkata, pihaknya akan menyiapkan laporan penuh 10 bab mengandungi penerangan terperinci mengenai perhimpunan, kronologi kejadian, syor penambahbaikan pada hujung tahun ini. 

Katanya, panel sehingga kini sudah menonton lebih 73 jam klip video perhimpunan berkenaan, menemubual 44 orang termasuk polis, saksi dan orang awam selain melawat lokasi perhimpunan. 

“Kami juga sudah melawat Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, tempat peserta perhimpunan ditahan serta melihat demonstrasi antirusuhan polis. Kita yakin dapat menyiapkan laporan itu hujung tahun ini,” katanya. 

Penganjur tak mahu bekerjasama 

Beliau berkata, panel berdepan masalah untuk menemubual penganjur perhimpunan Bersih 3.0 dan Majlis Peguam kerana mereka tidak memberi kerjasama sepatutnya. 

“Panel sudah membuka peluang seluas-luasnya dengan menjemput pihak Bersih dan Majlis Peguam untuk tampil, namun kedua-dua pihak tidak hadir. Panel juga sudah menjemput Timbalan Pengerusi Majlis Peguam, Christhoper Leong tetapi turut menolak. 

“Kegagalan mereka untuk memberi kerjasama menyulitkan kami untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak terbabit. Namun, ia tidak menjejaskan tugas kami melaksanakan tugas dalam mengumpul bukti nyata dan bukti ‘circumstantial’,” katanya.

- BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...