RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday 30 November 2012

Buat aduan kepada Pusat Aduan PKR selepas disaman

30 November.
Saman kecewa
Kuantan- Seorang individu tampil membuat aduan kepada media melalui Pusat Aduan Rakyat PKR Indera Mahkota kerana kecewa dengan tindakan Majlis perbandaran Kuantan (MPK) kerana mengeluarkan saman atas kesalahan menghalang lalu lintas berdekatan Hopital Pakar Kuantan.


Pengadu bernama Ong Tee Tock,54 berkata beliau berkata saman itu bertulis bahasa saya menghalang lalu lintas sedangkan saya meletakkan dibahu jalan dihadapan sebuah rumah kira-kira 200 meter dari hospital tersebut.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi PKR Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung, 
berkata, pihak Pusat Khidmat Rakyat PKR Indera Mahkota akan berusaha menyelesaikan
masalah tersebut dengan MPK Kata Chean Chung, pihak MPK perlu bertolak ansur 
memandangkan kebanyakan taman perumahan juga mengalami kekurangan kawasan untuk meletakkan kenderaan

Sementara itu Ketua perhubungan Awam dan Kemasyarakatan (MPK), Haslinda Hassan berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan selepas menerima aduan dari penduduk sekitar kawasan tersebut kerana segelintir pemilik kereta suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati ditepi jalan dan menganggu penduduk.

Sumber Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...