RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 28 November 2012

pilihan raya pada tahun 2013


KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih berteka-teki mengenai bila tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan.
Beliau semasa berucap pada majlis tertutup Taklimat Presiden kepada para perwakilan semalam bagaimanapun membayangkan bahawa PRU-13 tidak akan diadakan pada bulan Disember seperti yang diramalkan oleh beberapa pihak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najib menyatakan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat.
"Beliau (Najib) menyatakan tidak (ada PRU-13) dalam bulan Disember," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.
Ahmad Zahid berkata, Najib bagaimanapun tidak memberikan sebarang alasan tertentu, sebaliknya mahu semua jentera parti bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum itu.
"Saya fikir kerana kita mempunyai tempoh hingga bulan Mac dan ada 60 hari lagi lepas tempoh itu, ertinya, kita ada kesempatan sehingga pada bulan Mei.
"Saya fikir beliau menggunakan alasan itu bukan mahu melengahkan pilihan raya umum tetapi mahu jentera parti bersiap siaga sepenuhnya dan sokongan semua kategori pengundi dapat ditarik semaksimum mungkin," katanya.
Ahmad Zahid berkata, semasa taklimat itu juga, Najib berharap pemimpin muda diberi peluang sebagai calon pada PRU-13.
"Wakil rakyat sekarang ambil alih daripada pemimpin terdahulu jadi apabila mereka sudah lama jadi wakil rakyat, jadi berilah peluang kepada pemimpin baharu, jika tidak diberi peluang mereka tidak ada tempat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...