RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 29 November 2012

Terpaksa tanggung hutang arwah ibu

Tanggung beban hutang


PASOH - Seorang peneroka Felda Pasoh 1, di sini bingung memikirkan nasibnya sekeluarga yang terpaksa menanggung beban hutang sebanyak RM3,600 di sebuah bank tempatan.

Difahamkan perkara itu diketahui selepas peneroka terbabit menerima surat pengesahan dari sebuah bank tempatan menyatakan arwah ibunya membuat pinjaman untuk membeli saham Felda Global Ventures.

Zulkeflee Nasir, 35, berkata, arwah ibunya, Salbiah Mannan, 67, meninggal dunia pada 23 Julai 2012, manakala surat pengesahan itu diterima pada 4 Jun 2012.



Menurutnya, dia pelik bagaimana arwah ibunya boleh bersetuju dan menandatangani borang untuk membeli saham sedangkan semasa hayatnya ibunya terlantar sakit.

“Saya kemudian merujuk surat itu kepada pengurus Felda di sini dan beliau mengaku menandatangani borang pembelian saham itu bagi pihak ibu saya.

“Apabila saya bertanya mengapa berbuat demikian, dia menjawab untuk kesenangan saya. Tapi bagi saya semua ini akan menyusahkan saya kerana saya memang tidak berminat untuk membeli saham itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sejurus mendengar penjelasan pengurus terbabit, Zulkeflee membuat satu laporan di Balai Polis Simpang Pertang pada 4 Julai 2012.

Zulkeflee berkata, perkara itu diadukan kepada pihak atasan Felda tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil dan pengurus berkenaan masih bertugas seperti biasa.

“Mana boleh kita menandatangani borang bagi pihak orang lain? Bagaimana beliau boleh berbuat demikian sedangkan tiada persetujuan saya mahupun arwah ibu?," katanya.

Menurutnya, sejak Februari 2010, dia sudah mengambil alih tanah milik ibunya bersama seorang kakaknya, Rohaya Nasir, 37.

Katanya, sebelum menguruskan tanah sendiri, dia hanya menerima wang sara hidup daripada Felda sebanyak RM1,500 sebulan.

“Setelah keluar dari Felda, saya mendapat pendapatan sekitar RM7,000 hingga RM8,000 sebulan.

“Justeru itu, tidak timbul minat untuk membeli saham atau menyertai saham dan saya kesal apabila perkara ini berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...