RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 1 December 2012

Penunggang matosikal maut di tempat kejadian

'Melekat' pada besi

BALAKONG – Seorang pemandu lori mati ‘melekat’ di besi pembahagi jalan selepas terbabas ketika menunggang motosikal di Kilometer 0.2 Jalan Balakong-Seri Kembangan di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa S Subramaniam,48, dikatakan baru pulang dari tempat kerja di Balakong ke rumahnya di Taman Sungai Besi Indah



Mangsa yang menunggang sendirian dipercayai gagal mengawal motosikal ditungganginya.

Menurutnya, motosikal mangsa kemudian melanggar konkrit pembahagi jalan menyebabkan kepalanya terhentak di besi pengadang jalan.

“Mangsa yang beralamat di pangsapuri Sungai Besi Indah itu maut serta-merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

Sumber sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...