RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 3 January 2013

Pemandu Lori cedera dibelasah kerana langgar 4 motorsikal



KEADAAN lori pasir yang merempuh empat buah motosikal 
di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor semalam.


PULAU PINANG - Seorang pemandu lori terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera dibelasah orang ramai apabila kenderaan dipandunya merempuh empat buah motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi, pemandu lori pasir yang berusia 40-an itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar kesemua motosikal yang menunggu giliran untuk bergerak.
Akibat rempuhan itu, seorang penunggang motosikal patah sebelah kakinya, dua cedera ringan manakala seorang lagi bernasib baik kerana tidak cedera.
Orang awam yang melihat kejadian itu naik berang apabila cukai jalan lori yang dipandu lelaki terbabit sudah tamat tempoh sebelum beberapa orang membelasah pemandu lori itu.
Pemandu lori yang cedera itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu.

Sumber Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...