RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 1 January 2013

Timbulkan kekecohan di I-CITY 6 ditahan


SHAH ALAM — Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City, di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Mazlan Othman berkata, kesemua yang ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan.

"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama.
"Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti ”band punk” itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.
"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua lelaki asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala remaja tempatan itu pula tidak membawa kad pengenalan bersamanya.
Kumpulan warga asing itu direman empat hari untuk siasatan lanjut manakala remaja itu dibebaskan setelah diambil keterangan, katanya. Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1963 kerana berada di negara ini tanpa permit sah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2GjgAtRiq 
Hakcipta terpelihara
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...