RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 2 January 2013

Lelaki paling jujur pulangkan duit RM300 RIBU


Pongsin
Pongsin memulangkan kotak berisi jutaan wang tunai di pejabat Brink.
BANGKOK - Seorang pemandu teksi mengambil keputusan untuk memulangkan empat kotak berisi 3 juta bath (RM300,000) kepada kakitangan trak penghantaran tunai selepas menjumpainya di tepi jalan raya dalam ibu kota, awal pagi kelmarin.

Pongsin Jirakulthawornpat, 45, berkata beliau menjumpai kotak berkenaan sewaktu melalui Jambatan Rama III.

"Saya dapati, kotak-kotak ini amat berat dan bimbang akan menyebabkan kemalangan, jadi saya bawanya pulang ke rumah.

"Pada keesokan pagi, saya dapati kotak-kotak ini mengandungi wang tunai dan dipunyai Syarikat Brink," katanya merujuk kepada syarikat keselamatan dan perlindungan di negara itu.


Sementara itu, seorang daripada kakitangan syarikat, Tossaphorn Rewnak, 35, mengakui kumpulannya telah kehilangan beg berisi kotak duit berkenaan sewaktu melakukan penghantaran tunai ke mesin juruwang automatik (ATM) Bank Komersial Siam, jam 1.45 pagi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...