RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 3 January 2013

Yuna tarik diri daripada pentas Final AJL27


Yuna
$entry.content.caption.value
PENYANYI Terukir Di Bintang, Yunalis Zarai menarik diri daripada saingan Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang bakal berlangsung Ahad ini.

Yuna terpaksa menarik diri daripada pentas final AJL27 kerana terpaksa memenuhi tuntutan rakaman di Los Angeles.

Yuna kini sudah pun berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menerusi laman Twitternya kira-kira sejam lalu, Yuna menulis, “hari pertama 2013 di LA dan saya sedang menuju ke arah untuk membuatkan Malaysia bangga.”


Lagu Terukir Di Bintang bakal dinyanyikan oleh penyanyi gantian yang akan diumumkan esok.

Lagu ciptaan Yuna ini akan bersaing dengan 11 lagu lain yang terpilih ke final.

Pentas akhir yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil itu akan dihoskan oleh gandingan pengacara, Faizal Ismail dan Cheryl Samad.


Sumber Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...