RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 2 January 2013

Kelab Malam terkenal Jln Doraisamy diserbu JAWI


Penguatkuasa dirempuh, maki
Notis diberikan kepada dua wanita kerana berpakaian tidak senonoh.
Penguatkuasa dirempuh, maki
Penguatkuasa dirempuh, maki
Wanita beragama Islam dikumpul di satu kawasan sebelum butiran diri mereka diambil. Dua lelaki ditahan kerana berpakaian menyerupai wanita.

Kelab malam di Jalan Doraisamy sesak dengan pengunjung yang rata-ratanya beragama Islam.
KUALA LUMPUR  -  Bukan setakat merempuh, ada yang memaki hamun dan mencabar Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (Jawi) yang melakukan serbuan ke atas sebuah kelab malam terkenal di Jalan Doraisamy awal pagi semalam.

Malah, terdapat juga pengunjung beragama Islam terjun dari tingkat satu bangunan kelab malam itu bagi mengelak dikenakan tindakan.

Tindakan berani itu bagaimanapun memakan diri apabila ada di antara mereka tercedera ketika cuba melarikan diri.

Dalam Ops Tahun Baru Jawi, polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Cawangan Perisikan Khas Tentera awal pagi semalam, seramai 110 pengunjung dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Ahmad berkata, serbuan dilakukan berikutan kelab malam yang turut menawarkan minuman keras itu dikunjungi ramai orang Islam.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan kira-kira 500 pengunjung pusat hiburan terbabit sedang berhibur sempena meraikan kedatangan 2013.

Menari separuh bogel

Ketika serbuan, terdapat segelintir pengunjung mabuk sanggup menari dalam keadaan separuh bogel.

Wan Jaafar berkata, mereka dikenakan tindakan termasuk 99 wanita lain di bawah seksyen 29 kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Beliau berkata, melalui pemeriksaan dijalankan, lapan  dikenakan tindakan di bawah seksyen 19 kerana meminum arak, seksyen 35 menggalakkan maksiat ( 3 ), seksyen 28 orang lelaki berlagak seperti perempuan (2) dan seksyen 9 mengingkari pihak berkuasa agama (1).

“Semuanya rekod dan butiran mereka kita ambil dan mereka diberi notis perintah hadir semula ke pejabat Jawi pada tarikh ditetapkan untuk tujuan kaunseling dan jika gagal berbuat demikian, mereka boleh didakwa,” katanya.

Difahamkan, kesemua ditahan berusia di bawah 30 tahun dan tindakan diambil di bawah Akta  Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan ) 1997 (Akta 559) .

Mengaku anak orang kenamaan

Dalam serbuan selama dua jam bermula jam 2 pagi itu, pelbagai alasan diberikan bagi mengelak dikenakan tindakan termasuk mengaku sebagai anak orang kenamaan.

Ada juga pengunjung bawah umur yang merayu minta dilepaskan dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan ibu bapa mereka tidak dipanggil.

Wan Jaafar berkata, kebanyakan yang datang ke kelab  terbabit adalah pasangan kekasih.

“Empat penjawat awam yang didapati minum arak turut tidak terlepas daripada dikenakan tindakan,” katanya.
26 GRO Melayu ditahan

Sementara itu, dalam operasi sama petang kelmarin, sebuah pusat karaoke di Jalan Bukit Bintang turut diserbu.

Ketika serbuan, seramai 26 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) Melayu beragama Islam dan 10 pengunjung ditahan.

“Kesemua yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berpakaian tidak senonoh, minum arak serta menggalakkan maksiat,” katanya.

Wan Jaafar berkata ,operasi seumpama itu akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mencegah kemungkaran dalam kalangan umat Islam.

Sumber Sinar Harian

1 comment:

  1. Jika nak membasmi terus gejala ini, lebih baik ditutup pusat-pusat hiburan ini. Sekadar pendapat....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...