RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 15 November 2012

Nasib Laut Aral

Laut Aral merupakan sebuah tasik yang dahulunya merupakan tasik yang kelima terbesar di dunia dengan keluasan 68,000 km2. Laut Aral sendiri bermaksud laut kepulauan (Sea of Islands) merujuk kepada hampir 1500 buah pulau yang pernah berada di laut ini suatu ketika dahulu.Namun sekarang mungkin nama ini patut ditukar kerana situasi yang berlaku ketika ini menjadikan nama itu sudah tidak relevan lagi.



Laut ini yang sebenarnya merupakan sebuah tasik diairi oleh dua batang sungai yang menjadi sumber airnya sejak sekian lama iaitu sungai Amu Darya di sebelah selatan dan sungai Syr Darya di sebelah Timur Laut. Pada tahun 1918, kerajaan Kesatuan Soviet telah memutuskan untuk mengalihkan aliran kedua-dua batang sungai untuk mengairi kawasan gurun berhampiran dalam percubaan untuk mewujudkan pertanian kapas atau ‘emas putih‘ supaya dapat menjadi pengeksport utama tanaman ini di dunia. Mereka berjaya dalam projek mereka ini apabila Uzbekistan yang dahulunya berada dalam Kesatuan Soviet merupakan pengeksport utama kapas pada masa ini namun kejayaan mereka ini telah menyebabkan bencana yang sangat dahsyat terhadap alam sekitar khususnya terhadap Laut Aral.


L manakala paras kandungan garam di Laut Mati adalah 300 hingga 350g/L). Keadaan ini telah menyebabkan kebanyakan flora dan fauna yang pernah menghuni dasar tasik ini mati. Industri perikanan yang suatu ketika dahulu rancak dengan kegiatan nelayan menurunkan hasil-hasilnya di jeti-jeti sudahpun hilang. Bandar-bandar pesisiran pantai Laut Aral semakin sepi dengan penghijrahan penghuni-penghuninya ke tempat lain. Dasar Laut Aral menjadi kubur besar-besaran kapal-kapal yang pernah belayar di tasik ini. Iklim sekitar kawasan tasik ini berubah dan ramai penduduknya ditimpa penyakit.

Dalam usaha untuk mengelakkan air Laut Aral dari terus mengering, kerajaan Kazakhstan telah membina empangan Kokaral bagi membendung air dari Laut Aral Utara melimpah ke sebelah selatan. Pembinaan empangan ini yang siap pada Ogos 2005 berhasil apabila paras air di sebelah utara meningkat dan industri perikanan hidup semula. Namun keadaan sebaliknya berlaku di sebelah selatan apabila paras air di Laut Aral Selatan semakin menurun dan nasibnya tidak diketahui apabila negara Uzbekistan tidak berminat untuk memulihkan tasik tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...