RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Sunday 11 November 2012

PELIK TAPI BENAR



Rumah terkecil dibina satu hari


Rumah terkecil di dunia.Rumah terkecil di dunia.
London: Seorang arkitek Jerman cuba menangani krisis perumahan dengan mencipta rumah paling kecil di dunia berukuran hanya satu meter persegi dan hanya memakan masa sehari untuk dibina. 

Ada cukup ruang untuk menempatkan bangku di dalamnya dan pada waktu malam ia boleh digulung ke belakang untuk mengubahnya kepada sebuah katil. Arkitek Van Bo Le-Mentzel kini menyerahkan pelan induk ciptaannya One SQM, dengan harapan ia akan memperbaikipasaran perumahan. 


Tawar satu rumah 

“Saya mahu menawarkan rakyat satu pelan membina rumah mereka sendiri,” lapor akhbar The Sun memetiknya sebagai berkata. 

“Anda boleh membawanya dan tinggal di taman atau tasik atau di atas bumbung. Ia adalah rumah sebenar yang anda boleh tambah pemanas, panel suria atau tandas jika mahu,” katanya. 

Pembina hanya memerlukan sebatang tukul besi dan gergaji selain 20 meter papan, 200 skru, empat roda dan tingkap kaca serta pintu untuk membina bangunan seberat 40 kilogram itu. 
“Falsafah di sebalik projek saya ialah mencipta idea yang mana rakyat boleh mengembangkannya,” kata Le-Mentzel. - Agensi




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...