RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday 28 December 2012

Parah!!! pelajar rempuh kereta di kulim


Pelajar parah rempuh kereta
Mangsa dibawa ke Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan lanjut.
KULIM - Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun parah selepas merempuh kereta kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai datang dari arah Taman Seroja menuju ke Taman Harmoni.

Menurutnya,  sepanjang perjalanan mangsa mengekori di belakang sebuah kereta. Memandangkan tiada sebarang kenderaan datang dari arah bertentangan, mangsa kemudiannya memotong kenderaan di hadapannya.


“Mangsa tidak sempat mengelak atau memperlahankan motosikalnya lalu merempuh di bahagian kanan kereta. Akibat rempuhan kuat mangsa melambung ke tepi jalan dan mengalami kecederaan patah tulang tangan dan kaki.

"Mangsa yang ditenangkan oleh orang ramai bagaimanapun terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Ismail berkata, pemandu kereta seharusnya bersikap peka terhadap motosikal atau apa sahaja kenderaan yang memotong mereka dari arah belakang.

"Sehingga kini ramai dalam kalangan pemandu kereta atau kenderaan berat yang cuai ketika membuat pusingan atau membelok.

"Ini mengakibatkan kenderaan ringan seperti motosikal sering terlibat dalam kemalangan," katanya kepada Sinar Harian.

Sumber sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...