RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 26 December 2012

Jangan percayakan bomoh-persatuan bekam


Syed Araniri Syed Ahmad
Syed Araniri Syed Ahmad
ALOR SETAR - Persatuan Pengamal Bekam Sunnah dan Ruqyah Malaysia menasihati orang ramai supaya tidak terlalu percaya dengan amalan bomoh.

Pengerusinya, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, orang ramai diminta jangan terlalu taasub dengan amalan atau arahan bomoh tersebut semasa mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri berlaku perkara tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Katanya, dari segi perubatan, ibu bapa tidak seharusnya membenarkan anak mereka memasuki bilik rawatan bomoh tanpa ditemani muhrim.


“Jangan masuk dalam bilik itu tanpa teman. Kalau nak masuk mesti bawa teman dan jangan dengar arahan bomoh yang melarang masuk kononnya tidak boleh merawat kalau ada teman.

“Itu semua alasan dia untuk ambil kesempatan terhadap pesakit, terutamanya bagi kaum wanita,” katanya kepada Sinar Harian di Pusat Terapi Ruqyah Syar’iah, di sini, semalam.

Katanya lagi, dia melarang kerana sesetengah bomoh mempunyai pegangan mistik yang boleh buat apa sahaja, termasuk mengeluarkan sesuatu benda dari badan pesakit supaya orang tersebut percaya dengan amalannya.

Mengulas mengenai kejadian seorang murid tahun enam yang dirogol seorang bomoh awal tahun lalu, katanya, dia percaya masih ramai anak gadis di luar sana menjadi mangsa lelaki itu.

“Saya seru mana-mana mangsa yang terlibat dengan masalah atau menjadi mangsa lelaki ini, tolong tampil buat laporan polis beramai-ramai supaya lelaki itu dikenakan tindakan undang-undang setimpal dengan perbuatannya.

“Saya juga percaya banyak pusat rawatan akan meminta pesakit masuk ke dalam bilik seorang diri tanpa berteman. Ini sebenarnya adalah perbuatan yang salah dan orang ramai mesti berhati-hati,” katanya.

Sumber Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...