RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 25 December 2012

Nik Aziz tidak dapat nikahkan Apex & Nur Eilunie


Apex dan Leuniey
Pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha ketika sesi penggambaran di rumah keluarga Nur Eilunie. - Foto majalah Nona
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat menikahkan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada Jumaat ini ekoran urusan rasmi yang perlu hadiri.
Menerusi Facebook, Nik Aziz berkata, jemputan majlis nikah Apex-Nur Eilunie bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama.
"Susulan pertanyaan banyak pihak berkenaan dengan kesediaan Tuan
Guru menjadi jurunikah perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat Jumaat ini, adalah dimaklumkan bagi pihak Tuan Guru bahawa beliau tidak berkesempatan untuk memenuhi undangan keluarga pengantin kerana bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri 1/2012 bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama," kata mesej dipetik daripada Facebook Nik Aziz.
Laman itu menambah, Nik Aziz  merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian pihak pengantin menjemput beliau untuk menjadi jurunikah.
"... bagaimanapun di dalam masa yang sama beliau memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan kerana pertembungan ini.
"Justeru, beliau terpaksa membatalkan kesudiannya yang telah dinyatakan di peringkat awal.
"Pihak Tuan Guru mendoakan agar saudara Khairul Fahmi Che Mat sentiasa diberkati perkahwinannya oleh ALLAH SWT dunia dan akhirat, Insya-ALLAH," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...