RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 26 December 2012

Wanita 36 tahun mangsa banjir pertama


KUALA TERENGGANU 25 Dis. - Seorang wanita menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila ia ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri hari ini.
Ketua Operasi Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Izani Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat mangsa terjatuh.
Samhanim Ramli, 36, dikatakan tergelincir ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amran Wan Sudin di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang.
Mayat dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 6,100 orang sehingga 8.30 malam tadi berbanding 5,297 orang petang semalam.
Mereka kini tempatkan dipindahkan di 106 pusat pemindahan banjir

Sumber kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2G5ug2iwy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...