RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 26 December 2012

5 maut kereta bertembung lori ikan



KEADAAN kereta Perodua Kancil yang bertembung dengan lori membawa muatan ikan di simpang Ladang Muncul Maju, Jalan Nangoh Paitan, Beluran, Sabah kelmarin.


BELURAN - Lima termasuk dua beradik terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ikan dalam kemalangan di simpang Ladang Muncul Maju, Jalan Nangoh Paitan dekat sini malam kelmarin.
Kejadian pada pukul 8.45 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Sulit Paitan.

Lima mangsa yang terkorban ialah Roling Korang, 34, dan adiknya, Ugat Korang, 30, Albert Simon, 29, Jaffriddin Ujin, 31, serta Hendryson Ido, 16 .
Kemalangan tersebut difahamkan berlaku apabila kereta yang dipandu Roling dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori membawa muatan ikan yang dalam perjalanan ke Kudat.
Rempuhan itu menyebabkan kesemua mangsa tersepit di dalam kereta dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2G5xtaZb7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...