RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 29 December 2012

Warga emas maut selepas diragut


KEPALA BATAS – Seorang warga emas maut, manakala isterinya cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka hilang kawalan lalu terbabas selepas mereka menjadi mangsa ragut dua lelaki di depan pasar awam Jalan Permatang Manggis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.45 malam semasa A. Joseph, 64, dan isterinya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bagan Ajam selepas menghadiri majlis hari jadi anak saudara mereka di Kampung Kovil.

Beliau berkata, setiba di tempat kejadian, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghimpit pasangan itu lalu meragut rantai leher yang dipakai isteri Joseph sebelum menolak motosikal mangsa ke tepi jalan.
"Mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kiri jalan. Joseph meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala isterinya cedera ringan dan luka di tangan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Abdul Rahman berkata, mayat Joseph yang bekerja sebagai pekerja kontrak dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2GNx2uuXQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...