RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 25 December 2012

Kemalangan Ngeri 2 sahabat maut


Dua maut dirempuh lori
PEKAN — Dua sahabat maut setelah kereta yang dinaiki bersama empat yang lain bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 6, Jalan Chini-Kuantan dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, Mohd. Naim Shawaludin Mohd. Nazri, 25, dan Saidatul Shakinah Abd Razak, 18, mati di tempat kejadian setelah kereta Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori satu tan.

"Kereta tersebut dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Chini telah terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dua maut dirempuh lori
Katanya, empat penumpang kereta yang cedera parah dan dua penumpang lori serta pemandunya yang turut cedera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Sementara, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.
Yahaya dalam pada itu tidak menolak kemungkinan kejadian kemalangan itu disebabkan permukaan jalan yang basah dan licin ekoran keadaan hujan yang berterusan.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu

Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz2G3GO949C 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...