RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 26 December 2012

Polis tahan Geng Monyet-Selesaikan 10 kes Ragut


JOHOR BAHRU — Polis percaya berjaya menyelesaikan 10 kes ragut dan samun yang dilakukan ‘Geng Monyet’ di sekitar bandar raya ini selepas menahan seorang anggota kumpulan tersebut di Jalan Skudai, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Beh Eng Lai berkata, lelaki berumur 25 tahun itu ditahan anggota polis peronda selepas dia bersama lima rakan yang lain bertindak meragut satu telefon bimbit daripada seorang pekerja kilang di sebuah stesen minyak di Kampung Pasir, Tampoi, di sini, 4.15 pagi tadi.

"Lelaki itu dan rakan-rakannya menaiki tiga motosikal ketika meragut telefon bimbit Samsung Galaxy Note dari wanita berumur 38 tahun yang hendak keluar bekerja di Singapura itu. Anggota polis yang melihat kejadian itu terus mengejar lelaki tersebut dan rakan-rakannya sejauh satu kilometer sebelum lelaki tersebut dapat ditahan apabila motosikalnya terbabas,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan pada lelaki itu menemui semula telefon bimbit yang diragut, sebilah pisau serta satu pemutar skru yang diasah yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah terbabit

Sumber kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz2G9jacv2w 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...