RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 2 February 2013

Pembayaran BR1M akan diterima 4-Feb 2013

Terima kasih Kerajaan, Hari ini akhirnya aku terima surat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dihantar kepada aku dan perlu ditebus RM500 tu pada hari isnin depan jam 8.00 Malam.

Entri yang dipost sebelum ini PEMBAYARAN BR1M AKAN DIBAYAR BERMULA FEBRUARI terbukti apabila aku sendiri yang menerima di awal bulan Februari.


Tapi ini adalah sesi yang pertama sebab ramai lagi yang belum menerima termasuk kawan-kawan yang lain. Bak kata orang rezeki tu tak kemana. Bagi aku bantuan macam ni amatlah bermakna buatku, apatah lagi orang yang diibaratkan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Apa yang aku harapkan bantuan seperti ini dapat diteruskan dan termasuk juga dengan bantuan yang lain seperti Bantuan persekolahan, lesen RM199 dan banyak lagi yang kerajaan fikirkan untuk rakyat.

Apapun terima kasih Kerajaan terutama Barisan Nasional

1 comment:

  1. nak tanye lesen bantuan 199 tuh ,, kene daftar online kew.. dan camner pembayaran nya juga kene online ker..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...