Menjelang aksi menentang Thailand di Bangkok pada 13-12-12 ( Khamis ), berbagai cerita yang kurang enak didengar, salah satu darinya Anak buah kepada K.Raja terpaksa membuat latihan di padang bola yang bertaraf padang kampung.
Malah apa yang lagi teruknya permain terpaksa menjalani latihan secara terbuka sehingga memberi ruang kepada media Thailand 'mengintip' kekuatan skuad negara, tiada bilik persalinan disediakan selain permukaan padang yang teruk.
Layanan buruk itu dilihat seolah-olah perang psikologi daripada tuan rumah bagi melemahkan moral skuad negara, tambahan pula Thailand kini memiliki kelebihan gol di tempat lawan selepas berjaya melakar keputusan seri 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.
Apa yang diharapkan Skuad Negara dapat mempamerkan aksi yang terbaik dan sekali gus memadamkan impian Thailand untuk keperingkat akhir yang mana akan menentang Singapura
biarpun berhadapan dengan misi sukar dengan kelebihan gol ditempat lawan.
Jom Tonton perlawanan separuh akhir Malaysia-Thailand
jangan lupa tinggalkan komen
No comments:
Post a Comment