RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Sunday 18 November 2012

Risiko Gua Batu Caves runtuh

Kuala Lumpur: Bangunan berhampiran Batu Caves, dekat sini berdepan risiko dihempap runtuhan batu bila-bila masa, khususnya ketika musim hujan. 
Ini kerana struktur batu kapur di kawasan itu banyak dipengaruhi air yang membentuk gua dan lubang di dalam serta pada dinding batu. Lubang pada dinding batu menjadikannya rapuh dan mudah runtuh dalam bentuk bungkah, sekali gus mampu mengancam keselamatan. Pakar Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaludin, berkata Batu Caves terbina daripada batu kapur yang keras tetapi mudah larut dalam air. 




Kita bimbang dengan risiko keselamatan bangunan berhampirannya kerana boleh berlaku kejadian runtuhan batu. Keadaan bukit yang tinggi dan dindingnya ditumbuhi pokok, menyukarkan lubang pada batu dikesan, apatah lagi tanda akan runtuh, katanya. 

Justeru, beliau menasihatkan pemaju mendapatkan pandangan pakar geologi yang boleh membuat laporan secara terperinci berhubung struktur batu di kawasan itu supaya langkah pencegahan boleh diambil seperti memasang pagar penahan batu atau memperkukuhkan strukturnya. 

Pakar geologi boleh mengenal pasti risiko dan langkah pencegahan seperti memastikan di mana air meresap. Perlu buat saluran seperti longkang atau tebuk lubang untuk mengalirkan air. Dalam kes Batu Caves, larutan air membentuk gua selepas beribu tahun dan apabila ada lubang, mudah untuk runtuh. Kalau ada lubang, ia perlu ditampal, katanya. 

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Datuk Dr Ibrahim Komoo yang juga pakar geologi, berkata kawasan batu kapur perlu dibebaskan daripada sebarang pembangunan kekal dan dijadikan zon penimbal kerana ia tidak stabil. 
Kawasan dalam jarak dua kali tinggi cerun perlu dibebaskan daripada sebarang pembangunan kekal, manakala kawasan sekelilingnya pula dijadikan zon penimbal sebelum dibangunkan. Batu Caves penting sebagai landskap gua dan patut dijadikan tapak terpelihara, katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...