RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 21 November 2012

Boikot firma Yahudi di Eropah



Ketika Dunia menyaksikan kekejaman Israel terhadap rakyak Palestin di Tebing Barat. Banyak syarikat-syarikat milik Israel di Eropah mengalami kerugian dan ada yang telah bankrap. Ini adalah berikutan kempen permulauan produk buatan Israel di Eropah seperti pengesport sayur terbesar Negara Yahudi itu, Agrexco telahpun bankrap dan satu lagi firma iaitu Veolia dari Perancis yang mendapat kontrak kerajaan Israel untuk memberi perkhimatan kereta api kepada pendatang Yahudi di Tebing Barat telah mengalami kerugian besar berikutan tekanan aktivis di seluruh Dunia.



Terbaru Di Sweden, pengeluar minuman bergas Israel iaitu "Sodastream", menerima tamparan hebat selepas pasaraya Coop mengumumkan pada 19 Julai lalu akan berhenti membeli produk dari penempatan haram Yahudi dan ini adalah kemenangan penting bagi pergerakan BDS " boikot, pilih pelaburan dan sekat ), kerana Sweden adalah pasaran terbesar "Sodastream" dengan setiap lima pemilik rumah memiliki produknya.

Aktivis dari Sweden mendedahkan syarikat itu menjadi tali barut penjajahan di Wilayah Palestin dan melancarkan kempen ini sejak dua yahun lalu dan akhirnya kemenanga itu tercapai.

Kilang utama Sodastream terletak di Mishor Adumim iaitu Zon industi yang terletak di penempatan Yahudi iaitu Maaleh Adumim di tebing Barat. Coop Sweden memiliki 21.5 peratus pasaran pasaran peruncitan tempatan dan ia membuat keputusan tidak akan berurusan dengan Sodastream.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...