RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 22 November 2012

Gencatan senjata Israel - Hamas


22 Nov Selepas lapan hari ketika konflik antara pihak Israel dan Hamas bermula akhirnya satu persetujuan ketetapan perjanjian gencatan senjata diumumkan di Kaherah Mesir pada pukul 7.30 malam dan berkuatkuasa jam 9 malam (waktu tempatan), pengumuman itu dilakukan dalam sidang media bersama Setiausaha Amarika Hilarry Clinton dan Pengerusi Liga Arab Nabil El-Arabi.

Dengan ketetapan penjanjian ini maka pihak Israel perlu menghentikan semua serangan sama ada di darat, laut dan udara termasuk mensasarkan individu.Manakala pihak Palestin diarahkan untuk menghentikan serangan roket dan semua serangan di kawasan sempadan.


Satu laporan yang diperolehi daripada AFP berkata penduduk di Gaza City mula keluar ke jalanan untuk meraikan gencatan senjata tersebut dan jika Gencatan senjata ini berjaya dilakukan sehingga tempoh 24 jam, Israel akan diarahkan untuk membuka pintu sempadan Gaza dan membenarkan pengerakan keluar masuk penduduk dan makanan.

Bagaimanapun jumlah kematian di Gaza terus meningkat selepas satu serangan balas oleh pihak Israel selepas berlakunya serangan bom di Tel Aviv yang meletup berhampiran ibi pejabat tentera tengah hari semalam dan mengakibatkan 17 orang tercedera.

Setakat ini seramai 130 orang rakyat Palestin terbunuh termasuk Wanita dan Kanak-Kanak manakala seramai 5 orang rakyat Israel terbunuh akibat bedilan roket oleh pejuang Hamas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...