RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 6 December 2012

Panduan Jual Beli Saham

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjual beli saham yang ingin dikongsikan =


1. Deposit duit
Bila dah buka akaun CDS dan juga Trading account, apa yang perlu kita buat seterusnya adalah mendepositkan duit ke dalam akaun Trust kita (Trust account = Trading account).  Berapa banyak duit nak deposit, bergantung kepada kita.

Duit ini akan digunakan untuk membeli saham. Jadi, secara matematiknya, jumlah yang dimasukkan mestilah mencukupi untuk membeli saham yang kita hendak beli + kos-kos terlibat yang lain (brokerage fee, clearing fee, stamp duty).
Kalau nak deposit lebih pun boleh. Selalunya, syarikat broker akan memberikan faedah ke atas amaun duit yang kita depositkan ke dalam account Trust kita tu..sama macam kalau kita deposit duit dalam saving account kat bank-bank biasa.
Jadi, kalau kita tak gunakan duit yang kita depositkan  tadi tu untuk beli saham pun, kita masih akan dapat sedikit keuntungan atas % faedah yang syarikat broker bagi. Dan kelebihan berbanding bank biasa, faedah tu akan diberi setiap bulan dan akan dikreditkan terus ke dalam  Trust account kita.
Cara untuk depositkan duit ke dalam Trust account adalah bergantung kepada syarikat broker masing-masing. Lazimnya, deposit boleh dibuat melalui cek, cash atau melalui internet banking (Maybank2u, CIMBClicks, etc).
2. Periksa harga saham
Waktu urusniaga Bursa Malaysia adalah dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Hari cuti bagi Bursa Malaysia bergantung kepada hari cuti bagi Wilayah Persekutuan. Ini bermaksud, jika Wilayah Persekutuan bercuti, maka Bursa Malaysia juga tidak berurusniaga.
Waktu urusniaga bagi Bursa Malaysia dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi (9.00 pagi – 12.30 tengah hari) dan sesi petang (2.30 petang hingga 5.00 petang).
Sekarang ni, terdapat banyak cara untuk kita memeriksa harga saham di BSKL. Secara ringkasnya, ia boleh dibahagikan kepada 2 cara iaitu:
1. Offline – Pelabur perlu menghubungi remiser atau dealer representative melalui telefon untuk memeriksa harga saham.
2. Online – Pelabur boleh memeriksa harga saham melalui internet ataupun melalui telefon bimbit.
Antara laman web yang kita boleh lawat untuk memeriksa harga saham adalah seperti Bursa Malaysia dan The Star Online. Walaubagaimanapun, laman web ini selalunya akan memaparkan harga yang bukan yang terkini. Selalunya harga yang dipaparkan adalah lewat 5 hinga 15 minit dari harga di pasaran sebenar.
Sekiranya syarikat broker anda ada menawarkan khidmat online trading, anda akan mendapat ID dan juga password (setelah mendaftar akaun CDS dan Trading account dengan mereka) yang mana ianya akan digunakan untuk mengakses trading interface mereka.
Trading interface adalah medium terbaik untuk mendapatkan harga pada real-time (harga sebenar di Bursa Malaysia) kerana harga yang dipaparkan ini adalah ‘live’ dan tiada lagging (kelewatan).
Sebagai memenuhi keperluan pelanggan, terdapat sesetengah syarikat broker  yang menyediakan perkhidmatan trading interface yang boleh digunakan melalui telefon bimbit (dikenali sebagaimobile trading).
3. Buy Order
Terdapat 2 cara untuk kita place order bagi sesuatu saham:
1. Offline – Pelabur perlu menghubungi remiser atau dealer representative melalui telefon untuk membuat buy order. Remiser atau dealer representative ini akan key-in order kita berdasarkan harga dan bilangan unit saham yang kita kehendaki ke dalam sistem dan akan dihantar terus ke Bursa Malaysia.
Selalunya, remiser atau dealer representative ini akan memaklumkan kepada kita jika order kita telah match atau berjaya.
Perlu diingat, caj brokerage bagi offline trading ini adalah berkali ganda lebih mahal berbanding online trading.
2. Online – Pelabur perlu mengakses trading interface yang disediakan oleh syarikat broker dan membuat sendiri buy order dengan memasukkan segala data berkaitan harga yang dipilih dan bilangan unit saham yang dikehendaki.
Order yang dibuat tadi kemudiannya akan dihantar ke sistem komputer syarikat broker, sebelum ianya dihantar ke sistem komputer Bursa Malaysia. Kita akan mengetahui status order kita melalui trading interface tadi.
Jadi, untuk itu, pelabur memerlukan khidmat internet dan keperluan IT seperti laptop/PC dan software yang memenuhi keperluan spesifikasi yang syarikat broker tetapkan untuk mengakses trading interface mereka.
Proses yang sama berlaku jika kita menggunakan perkhidmatan Mobile Trading melalui telefon bimbit kita (jika syarikat broker anda ada menyediakan perkhidmatan ini).
Proses belian saham tidak semestinya berjaya pada setiap kali kita buat order. Setiap buy order mempunyai validity atau sah laku selama 1 hari sahaja. Sekiranya buy order yang dibuat buat tidak berjaya pada hari tersebut, secara automatiknya, buy order tersebut akan terbatal pada akhir sesi urusniaga pada jam 5.00 petang.
Jika ingin mencuba lagi ke esokkan harinya, buy order yang baru perlu dibuat. Langkah yang sama perlu diulangi dari awal seperti membuat buy order yang baru.
4. Sell Order
Setelah berjaya mendapatkan saham yang di ingini melalui step 3 tadi, sekarang kita boleh menjualnya pada bila-bila masa, mengikut citarasa kita, pada waktu urusniaga yang telah dinyatakan dalam step 2 tadi.
Kita boleh jual, sejurus saja kita berjaya beli saham tadi..atau  nak hold saham  tu dulu  sehingga 2 hari..5 hari..seminggu..sebulan..setahun..10 tahun..terpulang kepada kita.
Proses jualan adalah sama seperti step 2 dan 3 tadi. Kita perlu memeriksa harga saham terkini dan decide pada harga berapa kita ingin jual semula saham kita tadi. Kita boleh jual sebahagian saham kita atau kesemuanya, tertakluk kepada syarat minimum 100 unit.
Sell order bagi sesuatu saham tidak semestinya akan berjaya pada setiap kali kita buat order. Sama seperti buy order, sell order juga mempunyai validity selama 1 hari dan akan berakhir pada akhir urusniaga pada jam 5.00 petang. Selepas itu, sell order tadi akan terbatal dan sell order yang baru perlu dibuat pada ke esokkan harinya jika ingin mencuba untuk menjual saham tadi.
Untuk setiap order yang berjaya (buy dan sell), syarikat broker anda akan menghantar contract note kepada anda yang mencatatkan segala detail berkenaan harga belian/jualan dan segala caj yang terlibat dalam urusniaga tadi.
Dahulu, contract note ini akan dihantar ke alamat rumah anda..tetapi baru-baru ini, sejak pengenalan kepada e-contract, semua contract note tidak lagi dihantar secara hardcopy ke alamat rumah anda, sebaliknya ianya di hantar melalui email sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...