RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 8 December 2012

sorok dadah dalam kabel

Sumbat syabu dalam kabel
Moh Mokhtar (kanan) menunjukkan kabel elektrik yang digunakan suspek untuk menyorok Syabu.
JOHOR BAHRU – Taktik licik sindiket dadah dengan menyorokkan syabu bernilai kira-kira RM1.2 juta ke dalam kabel elektrik sebelum dihantar menggunakan khidmat kurier kepada pelanggan berjaya digagalkan polis dalam satu serbuan Rabu lalu, kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, seorang lelaki berumur 32 tahun ditahan di Jalan Kluang-Batu Pahat, hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat.Menurutnya, bagi mengaburi pihak polis, anggota sindiket terbabit memasukkan syabu dalam bentuk serbuk dengan anggaran berat 3.77 kilogram (kg), ke dalam gelung kabel elektrik sepanjang 19.8 meter dan diletakkan dalam sebuah kereta.


“Sindiket juga menggunakan taktik baru dengan menukar dadah berkenaan dalam bentuk serbuk, berbanding sebelum ini iaitu syabu diedarkan berbentuk ketulan kristal.

“Kita yakin bekalan syabu berkenaan mampu digunakan oleh 18,850 penagih,” Katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Katanya, hasil siasatan, polis percaya kumpulan itu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa.

“Dengan tertangkapnya suspek  kita yakin mampu mengesan rakan yang lain dalam masa terdekat. Suspek kini direman bermula kelmarin hingga Rabu depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek tiada rekod kesalahan jenayah lampau dan keputusan ujian saringan awal air kencing menunjukkan suspek negatif dadah.

Mohd Mokhtar berkata, dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah kereta yang dinaiki suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.


Sumber Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...