RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday 5 December 2012

Warga Emas mati dibunuh


Mati lemas ditekup bantal
Anggota polis mengusung mayat mangsa yang maut dalam rompakan itu.
SABAK BERNAM - Seorang warga emas meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas mukanya ditekup bantal oleh seorang daripada dua lelaki yang merompak rumah kedainya di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu mangsa, Sadariah Ahmad, 65, sedang tidur bersama cucu lelakinya di ruang tamu rumah kedai berkenaan sebelum didatangi dua suspek itu.

“Suspek bersenjatakan parang dan kemudiannya mengikat tangan serta kaki mangsa bersama cucunya” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Katanya, suspek cemas apabila mangsa menjerit lalu mengikat mulut mangsa dengan kain.

“Cucu mangsa pula diikat ditangan serta diacukan parang dan suspek turut menyuruhnya menyelongkar barang di rumah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mushar berkata, seorang daripada suspek mengawal mangsa yang diikat di ruang tamu sementara rumah digeledah.

Mangsa yang diikat mulut masih menjerit menyebabkan suspek menekup muka mangsa dengan bantal.

Mushar berkata, suspek yang bertopeng berjaya melarikan wang RM500, dua bentuk cincin serta beg tangan milik mangsa.

“Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM2,000 dan siasatan mengesan suspek sedang dijalankan” katanya.

Sementara itu, cucu mangsa, Muhammad Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, berkata, dia meminta pertolongan jiran yang baru pulang dari menonton perlawanan bola sepak selepas suspek  melarikan diri.

Katanya, dia turut cedera di tepi mata kiri akibat ditumbuk suspek.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...