RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday 15 February 2013

Sejarah Kesultanan Sulu

Berikut adalah sejarah Kesultanan Sulu, yang pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan dan kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Kerajaan Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Islam pada kegemilangannya dan sempadan kerajaan ini dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.

Mengikut daripada sejarah awal kerajaan ini. ianya bermula pada tahun 1380 oleh seorang ulama yang berasal dari tanah Arab iaitu Karim Ul-Makdum telah menyebarkan ajaran Islam di kepulauan Sulu.

Kemudian pada tahun 1390, Seorang Raja yang berasal dari Minangkabau iaitu Raja Bagindo telah meneruskan ajaran Islam di Wilayah ini dan mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu dan Raja Baginda meneruskan penyebaran Islam sehingga ke akhir hayatnya.

Pada tahun 1450, selepas Islam berkembang di kepulauan Sulu dan kawasan sekitarnya, maka hadir lah seorang lelaki yang berketurunan Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr dan kemudiannya dinikahkan dengan Puteri Raja Bagindo iaitu Paramisuli dan meneruskan usaha Raja Bagindo menyebarkan ajaran Islam di Wilayah tersebut.

Pada Tahun 1457 Selepas kematian Raja Bagindo, Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr telah menubuhkan Kesultanan Sulu dengan memakai gelaran Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr dan memerintah Kesultanan Sulu.

Pada tahun 1703, Kesultanan Sulu telah dihadiahkan Timur Sabah dari Kesultanan Brunei diatas bantuan menumpaskan pemberontak di kesultanan Brunei dan pada tahun yang sama Puteri Sulu dikahwinkan dengan Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao dan sebagai hadiah perkahwinan Pulau Palawan telah diserahkan kepada Sultan Qudarat dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu, Pulau Palawan telah dihadiahkan kepada Sepanyol.

Semasa penjajahan British, Sandakan telah dipajak oleh Sultan Sulu kepada British, dan pajakan tersebut dikatakan untuk tempoh tanpa had yang diungkap oleh serangkai ayat " Selagi ada bulan dan bintang".

Ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sabah telah dimerdekakan dari British dan dimasukkan ke dalam Persekutuan Malaysia

Sumber Wikipedia, sahabatblogsabah.blogspot.com www.rajamenangis.com
 

6 comments:

  1. assalam, salam ukhuwah dan salam kenal dari BUNDA..

    ReplyDelete
  2. salam. saya mohon copy info ini untuk sebahagian isi blog saya...tqvm

    ReplyDelete
  3. KUrang ajar... mau rebut sabah dari Malaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...