RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 6 November 2012

Pindaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan diteruskan




KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan pindaaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pindaan membabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur itu adalah untuk menghalang hakim daripada menggunakan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.
"Pindaan yang dicadangkan itu bertujuan hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman,” katanya kepada pemberita selepas bertemu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu beliau mengkaji semula pindaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dan aktivis wanita Maria Chin Abdullah.
Pada sesi Dewan Rakyat 15 Oktober lepas, Mohamed Nazri ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri berkata keputusan meminda seksyen itu dibuat berikutan jumlah kes rogol melibatkan gadis bawah umur yang terlalu tinggi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...