MARANG - Seorang pemuda dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan Kampung Medan Rhu, Rhu Renggeh di sini, sejak Isnin lalu dan gagal ditemui hingga petang semalam walaupun operasi mencari dijalankan sejak empat hari lalu.
Bapa saudara mangsa, Mohamad Salleh Hamzah, 66, berkata, mangsa, Wan Mohd Nazri Wan Ghani, 39, keluar dari rumah menuju ke kawasan hutan itu kira-kira jam 3.30 petang, pada Isnin lalu dengan hanya berkain pelekat berwarna hitam.
“Mangsa lebih mesra dipanggil Abang Cu bercakap dengan saya sebelum keluar dan ketika itu saya sedang membaca surat khabar. Saya bertanya hendak ke mana, dia menjawab mahu ke bukit.
Bapa saudara mangsa, Mohamad Salleh Hamzah, 66, berkata, mangsa, Wan Mohd Nazri Wan Ghani, 39, keluar dari rumah menuju ke kawasan hutan itu kira-kira jam 3.30 petang, pada Isnin lalu dengan hanya berkain pelekat berwarna hitam.
“Mangsa lebih mesra dipanggil Abang Cu bercakap dengan saya sebelum keluar dan ketika itu saya sedang membaca surat khabar. Saya bertanya hendak ke mana, dia menjawab mahu ke bukit.
“Selepas menjawab pertanyaan saya, dia terus menuju ke arah pagar rumah dan berlari keluar. Saya cuba mengejarnya sehinggalah dia tiba di kawasan bukit dekat hutan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Mohamad Salleh berkata, setiba di kaki bukit berkenaan, anak saudaranya itu kemudiannya berehat seketika sebelum tiba-tiba berlari mendaki bukit dan memasuki kawasan hutan walaupun puas dipujuk agar pulang ke rumah semula.
“Saya tidak mampu mengejar dan menghalangnya kerana dia berlari pantas masuk ke dalam hutan. Saya juga gagal mengejar kerana sukar mendaki bukit yang agak tinggi, lalu mengambil keputusan membuat laporan polis,” katanya.
Menurutnya, anak saudaranya itu menghadapi gangguan mental kesan serangan demam panas ketika berusia 17 tahun tetapi boleh berkomunikasi dengan baik tanpa menghadapi sebarang masalah dengan orang ramai yang ditemuinya.
“Tetapi dia tidak pernah berperangai seperti ini dan lebih menghairankan apabila dua tiga hari sebelum kejadian, dia melarikan diri ke kawasan hutan. Kelakuannya agak pelik daripada biasa dan dia kerap menyendiri dalam bilik,” katanya.
Kerja mencari telah dilakukan anggota penyelamat selepas aduan dibuat pada Isnin lalu namun sehingga semalam, mangsa masih gagal ditemui dan Mohamad Salleh tidak menolak kemungkinan anak saudaranya itu disorok makhluk halus.
Difahamkan kawasan hutan berkenaan bukan kawasan hutan yang luas kerana dikelilingi kawasan perumahan tetapi operasi mencari mangsa menghadapi kesukaran kerana keadaan bentuk muka bumi hutan tersebut yang berbukit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan melancarkan gerakan mencari mangsa bermula pada hari kejadian.
Operasi mencari mangsa membabitkan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.
“Gerakan mencari mangsa juga membabitkan penggunaan anjing pengesan,” katanya.
Dalam pada itu, orang ramai yang melihat atau menemui mangsa juga boleh menghubungi Mohamad Salleh menerusi talian 013-9821655 atau membuat laporan di balai polis berdekatan.
Sumber Sinar Harian
No comments:
Post a Comment