RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday, 30 November 2012

Dua permuda menyamar pegawai kastam


KUALA TERENGGANU - Taktik dua lelaki menyamar sebagai Perisik Pegawai Kastam dengan meminta wang RM200 kononnya sebagai ‘wang pelindung’ daripada seorang pemilik kedai runcit terbongkar.

Ia berikutan selepas seorang daripada mereka berjaya ditangkap dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Kampung Telaga Daing, di sini, Rabu lalu.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 47 tahun dan 22 tahun menggari seorang pembantu kedai berusia 22 tahun kerana enggan memberikan RM200 yang diminta.

“Ketika itu, pemilik kedai berkenaan yang juga bapa saudara mangsa masuk ke dalam kedai dan ternampak dua lelaki tidak dikenali sedang menggari anak saudaranya.

"Seorang daripada suspek menunjukkan kad kuasa berwarna putih yang tertera Perisik Pegawai Kastam tetapi pemilik kedai berusia 57 tahun masih tidak berpuas hati dengan tindakan kedua-dua suspek," katanya, semalam.

Menurutnya, bapa saudara mangsa menyoal bertubi-tubi menyebabkan seorang daripada lelaki terbabit naik angin dan cuba menggari mangsa.

"Mangsa cuba melawan mengelak digari dan berlaku pergelutan sebelum disedari oleh penduduk kampung yang memenuhi kawasan tersebut.

“Sekumpulan penduduk kampung turut masuk campur dengan bertindak membelasah kedua-dua suspek, bagaimanapun hanya suspek berusia 47 tahun berjaya ditangkap manakala seorang lagi berjaya melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, semasa pergelutan itu, polis tiba di lokasi kejadian dan cuba meleraikan pergaduhan melibatkan campur tangan sekumpulan penduduk tetapi tidak diendahkan.

“Disebabkan itulah, kami terpaksa melepaskan satu das tembakan sebagai tanda amaran kerana kedegilan sekumpulan penduduk terbabit.

"Suspek kedua berjaya ditangkap pagi semalam di sebuah rumah di Kampung Teluk Ketapang, kira-kira jam 2 pagi," katanya.

Manoharan berkata, siasatan awal mendapati kad kuasa yang digunakan adalah palsu dan pihaknya akan menyiasat sama ada kedua-dua suspek pernah melakukan pemerasan melibatkan penduduk di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan melampau kepada penduduk.

Sumber Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...