RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Wednesday, 28 November 2012

DBKL Kenal pasti tapak baru uptown


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengenal pasti satu tapak baru yang lebih sesuai untuk menempatkan lebih 300 peniaga Uptown Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini.
Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pihaknya kini dalam peringkat kajian tapak terbabit yang terletak berhampiran Puspakom Jalan Genting Kelang.


“Kami sedang kaji tapak itu, milik siapa dan projek yang dijalankan di sana. Sebahagian tanah itu milik DBKL,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Tapak baru itu terletak 1.4 kilometer dari tapak asal Uptown Danau Kota Setapak yang beroperasi hampir tujuh tahun lalu.

Mohd Amin dalam kenyataannya sebelum in berkata, DBKL tetap dengan pendirian tidak membenarkan peniaga di Uptown Danau Kota beroperasi pada Isnin dan Selasa walaupun pada cuti sekolah.


Menurut beliau, keputusan itu dibuat berikutan menerima rungutan penduduk yang mahu bazar larut malam itu dipindahkan ke tempat lain.



Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim mendesak DBKL membenarkan mereka berniaga tujuh hari seminggu sempena cuti sekolah pada November dan Disember ini.

Permohonan itu bagaimanapun ditolak DBKL dengan alasan perlu menjaga kepentingan komuniti setempat yang tidak bersetuju jika peniaga berniaga tujuh hari seminggu, malah mahu uptown itu dipindahkan.- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...