Sebut je Teksi K.L berapa ramai yang mengeluh,pasti akan ada pelbagai rungutan daripada pengguna. Tetapi hari ini seiring dengan peningkatan Teknologi yang berkembang seiring dengan peningkatan telefon pintar sebuah syarikat tampil dengan menyediakan perkhidmatan tempahan teksi melalui telefon pintar.
Menggunakan aplikasi tempahan teksi, pengguna tidak lagi perlu menunggu lama, ini kerana aplikasi ini lebih banyak membantu pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan dengan lebih pantas dan kadar yang sepatutnya mengikut meter.
Aplikasi yang dinamakan MyTeksi ini turut dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global (GPS) dan itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini dengan ini pengguna yang telah membuat tempahan teksi dapat mengetahui berapa lama masa yang diambil oleh pemandu untuk sampai.
Aplikasi ini dapat diperolehi melalui App Store untuk pengguna iPhone dan Google Play untuk pengguna Android.
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
1 week ago
No comments:
Post a Comment