RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday, 19 November 2012

Sejarah penubuhan Israel Laknatullah









Pada tahun 1917 Zionis telah pun memulakan kempen bagi melobi kuasa-kuasa besar bagi menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi. Idea untuk mendapatkan sokongan dari kuasa besar ini terbukti berjaya dengan sokongan daripada pihak kerajaan Britain di mana kerajaan Britain berjanji akan menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin.
Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada Dua negara dimana Negara untuk orang Arab dan negara untuk orang Yahudi tetapi cadangan itu ditolak atas alasan tidak akan berjaya dan menjadi satu sebab berlakunya pemberontakan pada tahun 1936-1939 di Palestin.


Dalam menghadapi keganasan yang memuncak akibat pemberontakan di Palestin, Kerajaan Britain menyerahkan masalah ini untuk diselesaikan pada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) dan hasilnya tercetuslah Revolusi 181 yang membahagikan Palestin kepada Orang Yahudi yang menerima 56% kawasan mandap British dan bakinya orang Arab,manakala Jurusalem akan ditadbir oleh PBB, pelan ini tidak diterima oleh Masyarakat Arab.

Pada 29 November 1947, PBB telah membawa pelan ini ke perhimpunan Agung PBB untuk dibincangkan dan mendapat 33 sokongan, 13 menetang dan 10 berkecuali.kesemua negara Arab menolak pelan tersebut dan mencadangkan pelan itu dibawa ke Mahkamah Antarabangsa kerana perhimpunan Agung yang melanggar hasrat majoriti penduduk Palestin, tetapi cadangan tersebut tidak mendapat sokongan dan akhirnya pembahagian itu berkuatkuasa sebaik sahaja British merundur dari Wilayah Palestin pada 15 Mei 1948.

Pada 14 Mei 1948, berlakunya majlis peristiharan penubuhan Negara Israel di Mezium Tel Aviv ( sekarang dikenali dengan nama Dewan Kemerdekaan ), tetapi upacara ini dilakukan secara tertutup kerana takut duhalang oleh pihak British dan juga serangan dari Negara Arab.

Pada pukul 4 petang 14 Mei 1948, David Ben Gurion menghentak tukul kayu diatas meja diikuti dengan nyanyian Hatikyah yang kini menjadi lagu rasmi dan mengasas Zionisme moden adalah Theodor Herzl.
Negara-negara terakwal yang mengikhtiraf Israel adalah Amarika Syarikat yang dibuat 11 minit selepas pengikhtirafan dan diikuti oleh Iran yang pada masa itu dibawah pemerintahan Shah Mohammad Reza Pahlawi, Guatemala, Iceland, Nicaragua dan Uruguay serta pada 17 mei 1948 kesatuan Soviet, Poland, Czechoslovakia, Yugoslavia, ireland dan Afrika Selatan.

Selepas Pengishtiharan penubuhan Israel, tentera dari Mesir, Iraq, Lebonan dan Syria telah melancarkan perang dan bermulalah perang Arab - Israel1948 dan gencatan senjata pada 11 Jun.Pada 8 Julai dan berhenti semula pada 18 Julai dan bersambung kembali pada pertengahan bulan Okt dan berakhir pada 24 Julai 1949 selepas termenterai perjanjian Armictice 1949 di Syria.Selepas perjanjian itu Israel bukan sahaja dapat mempertahankan wilayahnya tetapi berjaya menguasai separuh daripada pelan asal pembahagian wilayah oleh PBB.

dipetik dari sumber-sumber yang diperolehi dari internet.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...